Sunday, 3 February 2013

Minggu 5

MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dn pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web Bahasa Melayu.


PENGENALAN

Sebelum membina laman web tapak pembelajaran, pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.

Antara contoh-contoh jenis laman web:

· Pendidikan

· Kerohanian

· Pertubuhan

· Pelancongan

· Sukan

   

Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.

Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah,

BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik
Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
3
Font atau muka taip
· Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
· Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
· Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
· Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
- Ketebalan
- Italic
- Bergaris
- Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.
Ikon
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)
Pautan hyperteks
· Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
· Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
Format gambar
· Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)
· Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
· Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.
Format fail gambar
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.
Animasi
· Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
· Animasi multimedia lebih kompleks
· Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
· Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.


CONTOH PEMBINAAN TAPAK PEMBELAJARAN DAN WEB BAHASA MELAYU









Anda boleh mengemaskini tapak dan web pengajaran dan pembelajaran ini dari semasa ke semasa..


Minggu 4

PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • Memilih bahan sastera
  • Memilih bahan tatabahasa
  • Memilih bahan bidang ilmu lain
PENGENALAN

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.







MEMILIH BAHAN SASTERA

Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
1. Pantun 
4. Seloka
6. Cerita Pendek



PEMILIHAN BAHAN TATABAHASA

Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa. Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH.

Jenis-jenis tatabahasa
1. Kata Nama
2. Kata Kerja
3. Kata Hubung
4. Kata Sendi Nama
5. Kata Nama Khas

klik di sini untuk mendapatkan nota.. ( ^ _ ^ )

PEMILIHAN BAHAN BIDANG ILMU LAIN

Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah.Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah.