TAJUK : Penggunaan Enjin Pencari
Bahan Bahasa Melayu
Menggunakan
web, video, audio dan imej
Menggunakan
kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu
Menyimpan
bahan dalam bentuk fail internet dan
katalog
PENGENALAN
Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web
dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada
Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan
dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata
kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan
dipaparkan kepada anda.
Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin
carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula
hanya akan mengindeks kandungan sahaja.
Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan
enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang
merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah
direktori, bukan enjin pencari.
Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ‘search’ yang
disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan
mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.
Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data
bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala
pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang
dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat
di dalam sesebuah laman web.
Bagaimana Enjin Pencari Berfungsi?
Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan
satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini
spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman
web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan
data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.
Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci
tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan
yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir
sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.
Contoh-contoh enjin carian
 |
| Google.com |
 |
| MSN.com |
 |
| Altavista.com |
 |
| MetaCrawler.com |
Menggunakan Web, Video, Audio Dan Imej
Kegunaannya:
Guru dapat menyediakan pelbagai
program pendidikan secara terus melalui internet.
Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian
seorang guru.
Dapat mencari pelbagai maklumat
dari serata dunia.
Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai
gaya pembelajaran berlaku.
Mempelbagaikan bahan pengajaran
sewaktu di dalam kelas.
Membolehkan pelajar mengembangkan
pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
Membolehkan pelajar memperoleh
dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
Dapat membantu meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan
baik dan berkesan..
Guru dapat menyediakan pelbagai
program pendidikan secara terus melalui internet.
Menawarkan kepelbagaian bentuk
penyampaian seorang guru.
Dapat mencari pelbagai maklumat
dari serata dunia.
Memberikan motivasi dan
membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
Mempelbagaikan bahan pengajaran
sewaktu di dalam kelas.
Membolehkan pelajar mengembangkan
pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai
maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
Dapat membantu meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan
berkesan.
·
Terdapat beberapa
pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan
lain-lain.
·
Yahoo dan
Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan.
·
Kesemua
pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan
yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
·
Untuk
melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan
alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka
pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
Langkah
Melayari internet :
·
Untuk
mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan
kemudian klik pada Web search.
·
Untuk
mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam
kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh
juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
·
Taipkan
video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.
·
Setelah
mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut
dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat
turun secara percuma daripada internet.
MENGGUNAKAN KATA KUNCI, FRASA YANG SESUAI
UNTUK MENDAPATKAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Untuk
mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menggunakan kata kunci dan
frasa yang sesuai seperti :
 |
| Contoh Kata Kunci ( tatabahasa dewan ) |
MENYIMPAN
BAHAN DALAM FAIL INTERNET DAN KATALOG INTERNET
- Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda
perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu.
- Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada
bahagian alamat tapak.
- Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila
klik copy.
- Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang
berkenaan.
- Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke
dalam fail Word.
- Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang
kali sehingga anda mahir melakukannya.
 |
| Langkah 1 & 2 |
 |
| Langkah 3 |
 |
| Langkah 4 |
7.
Yang
berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
Contoh Fail
Internet
1.
Khasiat buah
2.
Buah-
Buahan Tempatan
3.
Ayat Inti
4.
Kata
Ganda
5.
Kata Arah
6.
Kata
Keterangan
7.
Kata
Bilangan
8.
Kata
Pembenar
9.
Kata
Sendi
10.
Kata
Pemeri
11.
Kata Nafi
12.
Kata
Penegas
13.
Kata
Penguat
14.
Kata
Bantu
15.
Kata
Pangkal
16.
Kata
Perintah
17.
Kata
Tanya
18.
Kata
Ganda
19.
Kata Seru
20.
Kata
Sifat
21.
Tatabahasa
http://www.wilta.org/verbs.htm
22.
Golongan
Kata Nama
·
Katalog
alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog
alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
·
Dengan
menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman
berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
·
Sila
sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
|
Peribahasa Melayu
|
URL
|
http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/
simp.php?pageNum_simpulan=2&simpulan_abjad=a
|
Sinopsis
|
Laman
sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai
peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah
menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.
|