Sunday, 3 February 2013

Minggu 5

MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dn pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web Bahasa Melayu.


PENGENALAN

Sebelum membina laman web tapak pembelajaran, pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.

Antara contoh-contoh jenis laman web:

· Pendidikan

· Kerohanian

· Pertubuhan

· Pelancongan

· Sukan

   

Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.

Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah,

BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik
Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
3
Font atau muka taip
· Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
· Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
· Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
· Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
- Ketebalan
- Italic
- Bergaris
- Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.
Ikon
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)
Pautan hyperteks
· Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
· Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
Format gambar
· Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)
· Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
· Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.
Format fail gambar
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.
Animasi
· Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
· Animasi multimedia lebih kompleks
· Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
· Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.


CONTOH PEMBINAAN TAPAK PEMBELAJARAN DAN WEB BAHASA MELAYU









Anda boleh mengemaskini tapak dan web pengajaran dan pembelajaran ini dari semasa ke semasa..


Minggu 4

PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • Memilih bahan sastera
  • Memilih bahan tatabahasa
  • Memilih bahan bidang ilmu lain
PENGENALAN

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.







MEMILIH BAHAN SASTERA

Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
1. Pantun 
4. Seloka
6. Cerita Pendek



PEMILIHAN BAHAN TATABAHASA

Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa. Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH.

Jenis-jenis tatabahasa
1. Kata Nama
2. Kata Kerja
3. Kata Hubung
4. Kata Sendi Nama
5. Kata Nama Khas

klik di sini untuk mendapatkan nota.. ( ^ _ ^ )

PEMILIHAN BAHAN BIDANG ILMU LAIN

Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah.Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah.


  



Saturday, 19 January 2013

Minggu 3

APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet.
  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point.

GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Pengenalan 

Isu berkenaan etika dalam teknologi maklumat menjadi suatu perkara yang
hangat diperkatakan lebih-lebih lagi pada era teknologi maklumat.
Isu etika perlu dilihat bagi memastikan tidak ada pihak teranainya dan
menganainya orang lain.
Etika sangat penting bagi memastikan setiap orang tidak melakukan
sesuatu yang menyalahi batas-batas keagamaan tata susila .

BROSUR

BROSUR
















Minggu 2


MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa. 

PENGENALAN 'ENJIN PENCARIAN'
·               Merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat.
·            'Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
·                     Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.
Tujuan 
 Tujuan (konteks pendidikan)
v Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
v Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.


KATEGORI BAHAN

MENGKATEGORIKAN MAKLUMAT
· Video
· Gambar
· Ruangan
· Lagu
· Multi
· Permainan


ENJIN PENCARIAN VIDEO

Contoh bahan video dan gambar



BAGAIMANA MENDAPAT MAKLUMAT DI INTERNET
1.           Mengenalpasti tajuk.
2.           Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
3.           Memilih enjin pencarian yang tepat.
4.           Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)

5.           Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa. 

KEMAHIRAN BAHASA


FOLDER KEMAHIRAN BAHASA




Monday, 14 January 2013

Minggu 1


      Minggu 1
    TAJUK : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
 
Menggunakan web, video, audio dan imej
Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu
Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog

PENGENALAN
Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda.
Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.
Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.
Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ‘search’ yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.
Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.



Bagaimana Enjin Pencari Berfungsi?

Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.
Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.



Contoh-contoh enjin carian


Google.com



MSN.com 
Altavista.com

MetaCrawler.com


Menggunakan Web, Video, Audio Dan Imej

Kegunaannya:

*      Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.
*       Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
*      Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.
*       Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
*      Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
*      Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
*      Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
*      Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan..
*      Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.
*      Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
*      Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.
*      Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
*      Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
*      Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
*       Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
*       Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.


·                     Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.
·                     Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan. 
·                     Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
·                     Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
Langkah Melayari internet :
1.    Menaip alamat internet ( contoh : WWW.DBP.COM )
·                     Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.
·                     Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
·                     Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.
·                     Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.

MENGGUNAKAN KATA KUNCI, FRASA YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menggunakan kata kunci dan frasa yang sesuai seperti :

Contoh Kata Kunci ( tatabahasa dewan )



MENYIMPAN BAHAN DALAM FAIL INTERNET DAN KATALOG INTERNET

  1. Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu.
  2. Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.
  3.  Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
  4. Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan.
  5. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
  6. Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. 
Langkah 1 & 2

Langkah 3


Langkah 4

7.             Yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
Contoh Fail Internet

1.            Khasiat buah

2.            Buah- Buahan Tempatan
3.            Ayat Inti
4.             Kata Ganda
5.            Kata Arah
6.            Kata Keterangan
7.            Kata Bilangan
8.            Kata Pembenar
9.            Kata Sendi
10.         Kata Pemeri
11.         Kata Nafi
12.         Kata Penegas
13.         Kata Penguat
14.         Kata Bantu
15.         Kata Pangkal
16.         Kata Perintah
17.         Kata Tanya
18.         Kata Ganda
19.         Kata Seru
20.         Kata Sifat
21.         Tatabahasa
http://www.wilta.org/verbs.htm
22.         Golongan Kata Nama

·                     Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.

·                     Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
·                     Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
URL
Sinopsis


 Contoh katalog

Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/
simp.php?pageNum_simpulan=2&simpulan_abjad=a
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.